Friday, 3 March 2017

My last semester

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Now is my last semester in degree. I glad to finish my degree this June. For this last semester, I'm focus on my study and fyp. I think that it is difficult to do my fyp. But, Allah helps me. As long as I put my effort. Not always wait that others will give me everything.. Need to find the informations on my own. I'm lucky have this supervisor. He not put me in pressure. But, if I not do like what he ask. His cute face will transform like a lion. My fyp title is DEVELOPMENT OF POINT TO POINT OF OCDMA SYSTEM FOR ACCESS NETWORK. Suddenly, its my mood that want to write in english. Not really fluent. I'm happy being my self. 

TANDA TANDA KANSER SERVIK

Assalamualaikum. Hari ni cik cinta nak share tanda2 kanser servik hasil research dari google yang cik cinta buat.. Teruskan baca yang di bawah ya.

1. Perut akan buncit atau bengkak
Image result for perut buncit
Saiz kenaikan bahagian perut anda, anda berasa kembung dan penuh dengan gas. Anda mungkin perasan bahawa beberapa pakaian rasa ketat di bahagian pinggang dan pinggul anda.

2. Sembelit
Image result for sembelit
Susah untuk buang air besar.

3. Sakit dibahagian pelvik
Image result for sakit pelvik
Anda berasa tidak selesa atau sakit di bahagian pelvik, dan kadang-kadang juga di dalam abdomen. Jika rasa sakit tu berterusan,tidak perlu hanya  bertahan dengan ubat tahan sakit. Kalau selalu sakit, better jumpa doktor. Jangan biar lama2. Kesakitan anda biasanya mahu memberi anda mesej penting.

4. Kerap nak buang air kecil
Image result for nak terkencing
Anda berasa  sangat nak terkencing dan perlu membuang air kecil dalam kadar segera. Ramai jugak wanita yang ada masalah ni. Tapi takkan dorang nak bagitau kan. 

5. Turun berat badan
Image result for berat turun
Kenapa turun berat badan? Sebanya hilang selera makan. Selalu sangat rasa kenyang atau cepat kenyang.

Friday, 24 February 2017

Manfaat Minyak Zaitun

Assalamualaikum sahabat2 semua.....
Diharap sihat hendaknya. Malam ni cik cinta nak share serba sedikit tentang kebaikan minyak zaitun ni. Antaranya seperti yang di bawah ya... Jom kita scroll. Check it out...


Image result for minyak zaitun untuk rambut
1. Memelihara Kesihatan Jantung
Kenapa dikatakan baik untung jantung? Ini disebabkan oleh lemak tidak jenuh yang terkandung dalam minyak zaitun tu. Lemak tidak jenuh merupakan salah satu kandungan dari minyak zaitun itu sendiri.  Lemak jenuh ni dapat mengendalikan kolestrol yang tak elok dalam tubuh kita dan dapat mempertahankan kolestrol yang elok dalam tubuh. 

2. Make up remover
Minyak zaitun ni boleh kita guna untuk cuci make up jugak tau. Minyak pembersih dari minyak zaitun ini dapat digunakan untuk menghilangkan make up dengan mudah. Menurut doktor kulit, cleansing oil cenderung bebas bahan kimia yang berbahaya, kerana terbuat dari bahan alami dan tidak melenyapkan minyak alami di wajah.

3. Sebagai maskara
Lepas ni tak payah bazir2 duit beli maskara. Guna je minyak zaitun. Caranya, guna berus maskara yang selalu sis2 sekalian guna tu. Tapi celup dengan minyak zaitun. Lepas tu sikat bulu mata macam pakai maskara biasa.


Ini saja ya perkongsian untuk hari ni... Cik cinta nak buat kerja pulak.. Jumpa lagi.

Thursday, 23 February 2017

TENTANG AZAZIL

Mesti ramai yang pernah membaca atau mendengar tentang Azazil tetapi telah terlupa tentangnya. tak mustahil juga ada yang tak pernah mengetahui pun kewujudan Azazil ni.

Hari ni cik cinta nak menulis tentang Azazil tersebut. selamat membaca....

Nama asal Iblis adalah Azazil dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dengan perintah Allah swt dan telah menyembah Allah selama 1000 tahun . Oleh kerana itu, Allah swt telah mengangkatnya ke langit pertama. Disitu juga dia telah menyembah Allah selama 1000 tahun lalu dia diangkat lagi ke langit ke-2. Dia terus beribadat tanpa rasa jemu bertahun-tahun lamanya dan dia terus diangkat dari langit ke langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua Malaikat . Ibadatnya kepada Allah sangat banyak dan ada riwayat yang mengatakan bahawa Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah. 
Berdasarkan satu riwayat , pada suatu ketika Malaikat Israfil telah melihat akan satu perkara yang tersurat di Loh Mahfuz iaitu : 
"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah selama 80000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat." 

Maka, menangislah Israfil apabila melihat akan suratan tersebut kerana khuatir perkara itu merujuk kepada dirinya sendiri. Israfil terus menceritakannya kepada sekalian Malaikat lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka. 
Mereka pun pergi bertemu dengan imam mereka iaitu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan untuk seluruh Malaikat. Azazil pun mendoakan mereka dengan doa ; 
"Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)." 

Namun malang buat Azazil kerana dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Lantas Azazil terus menuju ke Syurga dan di atas pintu Syurga dia terlihat suatu suratan yang menyatakan ; 
"Ada satu hamba daripada kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan , tetapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat." 

Selain daripada doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Sayidul Malaikat dan Khazinul Jannah (bendahawan Syurga). Semua lapisan langit dan para penghuninya menggelarkannya Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan dengan gelaran yang berbeza di mana di lapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kepada ahli ibadah yang mengabadikan diri secara luar biasa kepada Allah swt . Dilangit kedua pula dia digelar Raki iaitu ahli ruku' kepada Allah swt. Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilapisan langit ketiga , manakala Khaasyi gelarannya di langit keempat kerana kerana selalu merendah diri dan takut kepada Allah swt. Dilangit ke enam pula dia digelar Mujtahid kerana kesungguhan ketika beribadah kepada Allah swt .Dan dilangit ke tujuh dia diberi gelaran Zaahid kerana kesederhanaannya dalam menjalani kehidupannya.  

Azazil si penghulu para Malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba suatu di mana seluruh malaikat melalukan musyawarah besar atas undangan Allah swt. Pada waktu itu, Allah swt telah mengutarakan maksud untuk menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi. Sekalian Malaikat kemudian menyatakan bahawa : 


surahalbaqarahayat30

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan Engkau.(surah al-Baqarah ayat 30) 

Lalu Allah menjawab segala kekhuatiran para Malaikat dengan menyakinkan bahawa sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (surah al-Baqarah ayat 30) 

Lalu Allah swt menciptakan khalifah pertama iaitu Adam as dan memerintahkan agar seluruh Malaikat untuk sujud kepada Adam as. Azazil yang menjadi imam kepada Para Malaikat sepatutnya sujud kepada Adam as namun kerana dia merasakan dirinya lebih baik daripada Adam as dia enggan sujud sementara itu para Malaikat terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Bukan sahaja enggan untuk sujud , malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah 


surahalisraa61

"Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun)? (Surah Israa ayat 61) . 
Keengganannya untuk sujud kerana berpunca perasaan hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah melantik Adam as sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat. Akibat daripada keangkuhan dirinya itu, dia telah dihalau dari Syurga . Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya. 


surahalisraa62

"Khabarkan kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepada ku hingga hari kiamat , tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat dan keturunannya kecuali sedikit diantaranya." (surah Israa ayat 62)

Allah berfirman kepada Iblis :


surahalisraa63

"Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan)! kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua,sebagai balasan yang cukup."
(surah Israa ayat 63)

Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatangi agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu , ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,"Ya Allah! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintahMu , sungguh aku ikut mengutuknya." Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tidak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga , juga boleh menimpa kepada sesiapa sahaja termasuk dirinya. Lalu demi mendengar ketetapan Allah Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberikan penangguhan. Katanya,"Ya Allah , beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan." 
Allah bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu "masa hidup panjang" selama manusia masih hidup di muka bumi sebagai khalifah. 
Maka kata Allah,"Yang benar adalah sumpahKu dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan.Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jananam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu diantara mereka semuanya." 

Petikan : 
Majalah At-Takwa 
Halaman 70-71